RENCANA

KONSERVASI ALAM
Sumber Nota: Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia (PJRM)

EKOLOGI (ECOLOGY)
Cabang dari biologi yang mencukupi sifat dan tabiat benda-benda hidup khusus mengenai hubungannya dengan keadaan alam di sekitarnya. (Kajialam hayat)

EKOSISTEM DAN MANUSIA

EKOSISTEM
Sebuah ekosistem ialah suatu tempat dimana banyak benda-benda hidup dan bekerjasama. Tumbuh-tumbuhan, binatang, tanah dan udara bergantung diantara satu dengan yang lain untuk kesihatan dan untuk terus hidup atau wujud (survival). Maka orang yang memasuki hutan belantara harus mengambil langkah-langkah supaya tidak merosakkan persekitaran ‘fragile’ yang sedia ada.

AIR, TANAH DAN UDARA
Air merupakan unsur yang terpenting: tanpa air semua benda hidup akan musnah. Kawasan-kawasan hutan adalah punca sungai-sungai yang membekalkan air pada kami. Kami memerlukan air yang bersih. Tanah (soil) adalah asas bagi kebanyakan kehidupan. Kawasan hutan mengandungi tumbuh-tumbuhan tua, batu yang halus, air dan udara. Tanpa ramuan-ramuan ini tumbuhan tidal akan hidup. Udara adalah penting bagi semua binatang yang bernafas dan tumbuh-tumbuhan yang menjadi jiran mereka.

TUMBUH-TUMBUHAN DAN BINATANG-BINATANG
Tumbuh-tumbuhan merupakan tempat penginapan,tempat memperolehi makanan dan tempat berteduh untuk benda hidup yang lain. Tumbuh-tumbuhan menahan air dari mengalir cepat, memulihkannya pada udara dan masih menentukan tanah segar dan dapat didiami (habitable) oleh binatang-binatang. Rumput-rampai yang kecil dan pokok-pokok besar dan tinggi adalah sama penting. Binatang-binatang adalah bergantung banyak sekali pada bahagian ‘Ecosystem’ yang lain dan akan mula-mula meninggalkan satu kawasan hutan apabila manusia tiba disitu. Pada lazimnya binatang-binatang bergantung antara satu dengan yang lain untuk makanan. Bayangkanlah apa yang terjadi apabila manusia masuk hutan dan binatang-binatang meninggalkan hutan.

PERJALANAN DALAM HUTAN BELANTARA
‘Ecosystem’ yang begitu getir atau tidak teguh (fragile) dapat dipelihara sekiranya orang-orang yang memasukinya ingat pada beberapa petua yang mudah. Apabila masuk hutan jalanlah ikut rentisan. Keluar dari rentisan, terutamanya apabila rentisan itu berliku-liku, adalah cara yang senang sekali untuk merosakkan ecosystem dan menyebabkan berlakunya hakisan tanah (erosion) dan parit-parit (gullying). Ini akan mencemarkan anak-anak sungai dan membunuh tumbuh-tumbuhan.

MEMBUANG SAMPAH (WASTE DISPOSAL)
Membawa keluar semua sampah yang dibawa masuk. Jumlah berat semua sampah yang anda bawa keluar cuma 1/10 jumlah berat yang anda pikul semasa masuk ke dalam hutan. Tanamkan najis, gali lubang sedalam 13cm/8 inci untuk lelabur. Selepas itu tutup semula dengan tanah dan biarlah tempatnya kira-kira 30 meter/50 kaki dari sumber air.

API
Dalam kawasan-kawasan hutan belantara tumbuh-tumbuhan pada lazimnya membesar dengan perlahan. Perbuatan membakar dahan-dahan kayu akan musnahkan makan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam tanah. Abu dari api boleh mencemarkan sungai-sungai, tasik-tasik dan tapak-tapak perkhemahan serta membunuh banyak benda-benda hidup yang disentuh olehnya. Menggunakan dapur yang kecil untuk memasak.

MASUK
Minyak dan ‘toxin’ yang keluar dari badan anda semasa mandi boleh membahayakan benda-benda hidup dalam air. Mandilah jauh dari tasik-tasik dan anak-anak sungai. Membasuh pinggan mangkuk jauh dari tebing sungai dan tepi pantai. Air yang kotor hendaklah dibuang dalam lubang yang digali khas.

TAPAK PERKHEMAHAN

Jangan gali atau meratakan tapak perkhemahan anda. Jangan mengalihkan apa sahaja atau cuba menggantikan. Dirikan khemah jauh dari tebing sungai atau dari tepi tasik.

HUTAN BELANTARA MEMERLUKAN SEORANG RAKAN
Anda diminta menyuarakan suara hutan (the voice of wilderness) dan mengajar orang lain supaya lebih berhati. Membantunya dengan mengutip setengah-setengah sampah sarap yang ditinggalkan oleh orang lain. Anda diminta bertindak sebagai seorang doctor peribadi, hutan belantara dan bantu menyembuh parut-parut yang dilakukan oleh orang lain.

JIKA DALAM HUTAN BELANTARA
Apabila berkhemah sebelah khemah orang lain bertimbang rasa selalu. Bunyi bising menganggu binatang-binatang dan manusia. Hutan belantara adalah sebuah tempat dimana anda harus cuma mendengar (listen). Kecantikan alam semulajadi kami cuma dapat dipelihara melalui pemikiran.

“TAKE ONLY PHOTOGRAPHS AND MEMORIES LEAVE ONLY FOOT PRINTS”

No comments:

Post a Comment