PROFIL

Kelab Rekreasi Shah Alam (KRESA) merupakan Badan Sukan / NGO yang berdaftar di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) Akta Pembangunan Sukan 1997.

KRESA ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia seterusnya mempromosikan sukan rekreasi serta mengutamakan keselamatan di dalam setiap pengendalian aktiviti dan program berbentuk rekreasi.

KRESA menjalankan semua jenis aktiviti rekreasi air,darat dan udara. Ahli- ahli KRESA merupakan jurulatih-jurulatih bertauliah daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan kebanyakannya merupakan bekas graduan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM.